Saturday, March 13, 2010

PROGRAM RAKAN ANTIDADAH (RADA)

Program RADA


▪ Satu pasukan sukarela dianggotai oleh remaja dan belia berumur 18 tahun dan keatas

▪ Bergerak sebagai mata dan telinga AADK untuk memerangi ancaman dadah dikawasan masing-masing


Fungsi RADA

▪ Penyampaian perkhidmatan berkesan

▪ Pasukan berdisiplin

▪ Pasukan Sukarelawan

▪ Agen Pengumpul dan Penyebar Maklumat


Objektif RADA

▪ Mendidik golongan belia untuk bertanggungjawab kepada masalah dadah dan membantu membanterasnya

▪ Membentuk sahsiah pembangunan belia sebagai pelapis pemimpin masa depan yang mempunyai pengetahuan, kesedaran dan jati diri

▪ mewujudkan pasukan sukarelawan antidadah yang sentiasa peka dan komited terhadap kerja-kerja pencegahan dadah


Kenapa Anda Perlu Menjadi Ahli RADA?

▪ Berpengetahuan dan mempunyai kesedaran tentang masalah dadah di Malaysia

▪ Memastikan anda dan keluarga anda bebas daripda dadah

▪ Satu pasukan yang mempunyai hala tuju khusus untuk membantu AADK dalam komuniti

▪ Boleh memberi khidmat yang bererti kepda komuntiti

▪ Agen pengumpul dan penyebar maklumat kepada komuniti

TEMPAT KERJA BEBAS DADAH

Satu program yang dikaitkan dengan usaha ke arah mendidik, memelihara dan mengekalkan sokongan penjawat awam dalam usaha bersepadu dan berterusan bagi memerangi dadah di tempat kerja. Program ini telah diadakan pada 11 Mac 2010 di Dewan Besar Kompleks Imigresen Padang Besar Perlis dengan dihadiri dari pelbagai jabatan. Antaranya PDRM, Kastam, Imigresen, MAQQIS, Perhilitan, FAMA, Unit Antidadah Sempadan dan JPJ. Terima kasih kepada semua jabatan yang terlibat kerana menghadirkan diri di program tersebut. BERSAMA MEMBASMI DADAH!!..