Saturday, March 13, 2010

PROGRAM RAKAN ANTIDADAH (RADA)

Program RADA


▪ Satu pasukan sukarela dianggotai oleh remaja dan belia berumur 18 tahun dan keatas

▪ Bergerak sebagai mata dan telinga AADK untuk memerangi ancaman dadah dikawasan masing-masing


Fungsi RADA

▪ Penyampaian perkhidmatan berkesan

▪ Pasukan berdisiplin

▪ Pasukan Sukarelawan

▪ Agen Pengumpul dan Penyebar Maklumat


Objektif RADA

▪ Mendidik golongan belia untuk bertanggungjawab kepada masalah dadah dan membantu membanterasnya

▪ Membentuk sahsiah pembangunan belia sebagai pelapis pemimpin masa depan yang mempunyai pengetahuan, kesedaran dan jati diri

▪ mewujudkan pasukan sukarelawan antidadah yang sentiasa peka dan komited terhadap kerja-kerja pencegahan dadah


Kenapa Anda Perlu Menjadi Ahli RADA?

▪ Berpengetahuan dan mempunyai kesedaran tentang masalah dadah di Malaysia

▪ Memastikan anda dan keluarga anda bebas daripda dadah

▪ Satu pasukan yang mempunyai hala tuju khusus untuk membantu AADK dalam komuniti

▪ Boleh memberi khidmat yang bererti kepda komuntiti

▪ Agen pengumpul dan penyebar maklumat kepada komuniti

TEMPAT KERJA BEBAS DADAH

Satu program yang dikaitkan dengan usaha ke arah mendidik, memelihara dan mengekalkan sokongan penjawat awam dalam usaha bersepadu dan berterusan bagi memerangi dadah di tempat kerja. Program ini telah diadakan pada 11 Mac 2010 di Dewan Besar Kompleks Imigresen Padang Besar Perlis dengan dihadiri dari pelbagai jabatan. Antaranya PDRM, Kastam, Imigresen, MAQQIS, Perhilitan, FAMA, Unit Antidadah Sempadan dan JPJ. Terima kasih kepada semua jabatan yang terlibat kerana menghadirkan diri di program tersebut. BERSAMA MEMBASMI DADAH!!..


Saturday, January 16, 2010

OPERASI BESERI 2


Pada hari Khamis 15.01.2010, kami telah mengadakan satu operasi yang di beri nama OPERASI BESERI 2. Operasi tersebut telah dilakukan di kawasan Beseri yang diketuai oleh Penolong Pegawai Antidadah S27. Operasi telah dijalankan dari jam 1700hrs sehingga jam 2200hrs. Dalam operasi tersebut juga, kami telah menahan seorang lelaki melayu yang disyaki sebagai penagih dadah. Suspek di bawa balik ke 'basecamp' untuk menjalankan siasatan terhadapnya.

Friday, January 8, 2010

PAKAIAN SERAGAM AADK

antara maklumat awal yang diperolehi mengenai pemakaian seragam AADK. berwarna seakan biru tentera udara. nampak segak dan ramai yang bersetuju dengan pemilihan warna tersebut. tetapi untuk merealisasikan itu, belum pasti bila. masih dalam perbincangan pihak atasan. harap semua diluluskan dan berjaya.

gambar di bawah merupakan pakaian seragam AADK yang telah dipersetujui..hanya tunggu untuk mendapat kelulusan sahaja..



SUASANA BARU...

Selama 3 hari berturut-turut bermula pada 6 Januari 2010, AADK PERLIS UTARA telah mengadakan gotong royong besar-besaran. Kami telah membuat 'rombakan' dan pengubahsuaian pejabat. Diharapkan dengan pengubahsuaian baru dan bersesuaian dengan tahun baru 2010 ini, dapat memantapkan lagi segala gerak kerja dan tugas semasa semua kakitangan..AADK PERLIS UTARA BENCI DADAH..

Wednesday, April 8, 2009

HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2009 PERINGKAT NEGERI PERLIS telah diadakan pada tarikh 24 Februari 2009. Hari HADA telah diadakan di PUSPEN Bukit Chabang dengan dirasmikan oleh wakil rakyat kawasan Kaki Bukit. Perasmian tersebut telah dilaksanakan dengan melepaskan 6 ekor burung yang memberi erti 6 tahun lagi menjelang MALAYSIA BEBAS DADAH 2015.

Monday, February 9, 2009

LAWATAN KETUA PENOLONG PENGARAH OPERASI

Membuat lawatan ke ruangan
pejabat baru AADK Perlis Utara
Ketua unit menyampaikan
cenderamata

Mendengar taklimat oleh
Ketua Unit
Pada 30 Januari 2009, rombongan khas daripada bahagian operasi ibupejabat Putrajaya telah mengadakan lawatan ke AADK Perlis Utara. Lawatan tersebut telah disertai seramai 6 orang kakitangan ibupejabat dan diketuai oleh Puan Khor Phaik Ee, Ketua Penolong Pengarah Operasi. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk meninjau, menerima maklum balas dan menjawab beberapa kemusykilan yang ada. Lawatan tersebut telah berjalan selama hampir 3 jam dan semua kakitangan telah memberikan kerjasama yang amat baik.