Thursday, January 15, 2009

MAJLIS MEMASAK BUBUR ASYURA

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para
nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.


Pada 7 Januari yang lalu, AADK PERLIS UTARA telah mengadakan aktiviti 'mengacau' bubur asyura di perkarangan pejabat. Semua kakitangan pejabat bertungkus lumus menjayakannya. Dengan hanya membelanjakan sebanyak RM105.40 dapat menghasilkan sekuali besar bubur asyura. Dengan sokongan dan komitmen daripada semua pihak, bubur asyura dapat disiapkan dalam masa 2 jam. Hasilnya sungguh sedap sehingga menjilat sudu. Bubur tersebut di kongsi bersama dengan Pejabat AADK Negeri, AADK Perlis Selatan dan Unit Antidadah Sempadan.

2 comments:

Mummy LiYzA ^^, said...

w0w...tp mmg bt0l~sedap la..manis je~tQ

pendatang baru said...

tu saja ka yg kacau bubur asyura tak de
jejaka lain ke jelous ni...