Friday, January 30, 2009

ESOK, LUSA DAN SELAMANYA

Malangnya oh nasibmu
Ditakdirkan begitu
Dan setengahnya mengasihanimu
Tak terdaya membantumu
Walau apa pun jua

Kau masih punya masa
Berdikari menguasai diri
Kau takkan diketepi
Hari hari seterusnya

Kau melangkahkan kaki
Tabahkanlah semua
Cubaan dan dugaan dunia
Esok, lusa selamanya

Tuhan saja menentunya
Apa jua rintangannya
Jangan kau berputus asa
Hingga kau berjaya
Biar dirimu dikeji

Niar jua dicaci
Siapa tahu suatu hari nanti
Kau akan dipuji
Hari hari seterusnya

Kau melangkahkan kaki
Tabahkanlah semua
Cubaan dan dugaan dunia
Esok, lusa selamanya

Tuhan saja menentunya
Apa jua rintangannya
Jangan kau berputus asa
Hingga kau berjaya
Berdoalah...., Ku jua berdoa

Thursday, January 29, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Pada 13 Januari yang lepas, AADK PERLIS UTARA telah mengadakan lawatan ke AADK PERLIS SELATAN. Lawatan tersebut yang telah diketuai oleh Ketua Unit Perlis utara iaitu Puan Noorhayati dan telah membawa bersama beberapa orang pegawai dari Perlis Utara yang terdiri daripada Penolong Pegawai S27 dan juga pegawai daripada unit pentadbiran PERLIS UTARA.
Tujuan sebenar lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memastikan segala urusan mengenai pentadbiran, penguatkuasaan, pencegahan dan rawatan pemulihan selaras diantara Daerah Perlis Utara dengan Daerah Perlis Selatan.

Thursday, January 15, 2009

MAJLIS MEMASAK BUBUR ASYURA

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para
nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.


Pada 7 Januari yang lalu, AADK PERLIS UTARA telah mengadakan aktiviti 'mengacau' bubur asyura di perkarangan pejabat. Semua kakitangan pejabat bertungkus lumus menjayakannya. Dengan hanya membelanjakan sebanyak RM105.40 dapat menghasilkan sekuali besar bubur asyura. Dengan sokongan dan komitmen daripada semua pihak, bubur asyura dapat disiapkan dalam masa 2 jam. Hasilnya sungguh sedap sehingga menjilat sudu. Bubur tersebut di kongsi bersama dengan Pejabat AADK Negeri, AADK Perlis Selatan dan Unit Antidadah Sempadan.

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

1. MELAPANGKAN MASA / BELANJA ANAK, SUAMI DAN ISTERI

2. MEMULIAKAN FAKIR MISKIN

3. MENAHAN MARAH

4. MENUNJUKKAN ORANG SESAT

5. MENYAPU / MENGUSAP KEPALA ANAK YATIM

6. BERSEDEKAH

7. MEMELIHARA KEHORMATAN DIRI

8. MANDI SUNAT

9. BERCELAK

10. MEMBACA QULHUWALLAH HINGGA AKHIR SERIBU KALI

11. SEMBAHYANG SUNAT EMPAT RAKAAT

12. MEMBACA

'hasbiyallahu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'

13. MENJAMU ORANG BERBUKA PUASA

14. PUASA