Saturday, January 16, 2010

OPERASI BESERI 2


Pada hari Khamis 15.01.2010, kami telah mengadakan satu operasi yang di beri nama OPERASI BESERI 2. Operasi tersebut telah dilakukan di kawasan Beseri yang diketuai oleh Penolong Pegawai Antidadah S27. Operasi telah dijalankan dari jam 1700hrs sehingga jam 2200hrs. Dalam operasi tersebut juga, kami telah menahan seorang lelaki melayu yang disyaki sebagai penagih dadah. Suspek di bawa balik ke 'basecamp' untuk menjalankan siasatan terhadapnya.

Friday, January 8, 2010

PAKAIAN SERAGAM AADK

antara maklumat awal yang diperolehi mengenai pemakaian seragam AADK. berwarna seakan biru tentera udara. nampak segak dan ramai yang bersetuju dengan pemilihan warna tersebut. tetapi untuk merealisasikan itu, belum pasti bila. masih dalam perbincangan pihak atasan. harap semua diluluskan dan berjaya.

gambar di bawah merupakan pakaian seragam AADK yang telah dipersetujui..hanya tunggu untuk mendapat kelulusan sahaja..



SUASANA BARU...

Selama 3 hari berturut-turut bermula pada 6 Januari 2010, AADK PERLIS UTARA telah mengadakan gotong royong besar-besaran. Kami telah membuat 'rombakan' dan pengubahsuaian pejabat. Diharapkan dengan pengubahsuaian baru dan bersesuaian dengan tahun baru 2010 ini, dapat memantapkan lagi segala gerak kerja dan tugas semasa semua kakitangan..AADK PERLIS UTARA BENCI DADAH..